Happy Days

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur
adipiscing elit. Phasellus sodales nulla sem.

Delete this widget in your dashboard.
This is just an example.

Guru Sebagai Penyelidik

Saturday, August 21, 2010

Tugas guru sememangnya berat. Berat mata memandang, berat lagi beban yang dipikul oleh guru. Walaupun tugas hakiki guru ialah mengajar, guru juga tidak terlepas daripada penyelidik. Apa yang diselidik inilah yang menarik perhatian. Mengapa guru perlu bertindak sebagai penyelidik? A

Kamus Dewan (2005)
mendefinisikan penyelidikan sebagai memeriksa sesuatu yang belum terang, menyiasat untuk mendapat keterangan dan sebagainya tentang sesuatu.

Menurut Kerliger (1980) penyelidikan adalah sistematik, terkawal, empirik dan kritis terhadap proposisi hipotesis tentang hubungan yang dipercayai antara fenomena alam.

Berdasarkan definisi yang diberi penyelidikan merupakan langkah-langkah yang dibuat oleh guru untuk menyiasat sesuatu perkara dengan menggunakan kaedah yang tertentu bagi mengatasi masalah yang dikaji atau membuat perancangan.

Mengapa guru bertindak sebagai penyelidik?
  • untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid
  • untuk meneliti tingkah laku prlajar di dalam kelas
  • untuk menjelaskan sesuatu hal atau perkara yang berlaku
  • untuk mendapatkan bukti kukuh untuk membuat andaian dan ramalan
  • mencari jawapan terhadap masalah yang dihadapi
  • untuk merangka penyelesaian masalah

Kajian 3 jurnal Kajian Kualititatif

Tuesday, August 17, 2010

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Designing Assessments to Track Student Progress

Constructive solutions: Improving teaching and learning in e-learning environments

Module evaluation and feedback

Penulis

Namsoo Shin, Shawn Y. Stevens, & Joseph Krajcik

Dr Sue Trinidad

Alice Szwelnik, Oxford Brookes University

Abstrak

Makalah ini melaporkan penemuan dari penelitian yang menggunakan alat untuk membantu pendidik mengadar e-learning persekitaran. Persekitaran Belajar Online Survey (oles) instrumen dibangunkan menggunakan teknologi dalam talian, termasuk format tinjauan berasaskan web dan database SQL dimana data tersebut langsung ditangkap, dianalisis dan dilihat melalui paparan data atau paparan charting. Hal ini membuat instrumen sangat mudah dan hasilnya dapat dilihat akan menyediakan pendidik menggunakan e-learning dengan mekanisme untuk menyesuaikan mereka mengajar dan meningkatkan persekitaran belajar. Survei oles ini dikendalikan selama tahun 2004 dan 2005 dan data daripada tiga kelas kajian kes menggunakan e-learning di Hong Kong dan Australia disajikan. data kualitatif dari wawancara digunakan untuk mengesahkan data yang dikumpul dan dibincangkan berkaitan dengan sokongan yang diperlukan oleh pendidik yang mengembangkan dan mengajar dalam persekitaran e-learning sebagai kaedah untuk meningkatkan kualiti persekitaran e-learning melalui penyelesaian konstruktif.

Tiada dinyatakan

Objektif Kajian

Untuk mencuba instrumen dalam talian dengan para pensyarah dan pelajar universiti menggunakan e-learning

Untuk membantu pensyarah universiti untuk meningkatkan belajar dan mengajar berdasarkan dapatan refleksi dari apa yang mungkin berubah dalam e-learning

Persoalan kajian

Proposal ini menggambarkan proses desain penelitian, Bina-Centered Design, untuk pembangunan tugas penilaian untuk mengesan pembangunan jangka panjang belajar pelajar untuk idea teras dalam ilmu - transformasi bahan.

Kajian ini dilakukan untuk membantu pensyarah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam persekitaran dalam talian

Untuk mengkaji kelemahan dalam proses penilaian modul, mengatasi masalah bagi isu ‘meningkatkan penilaian modul dan maklum balas kepada pelajar’

Metod / Instrumen

mengumpul data cross-sectional dari 500 pelajar menengah untuk membangunkan, piloting, dan menyemak semula item penilaian.

Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan di mana, pelajar daripada beberapa buah sekolah telah diambil sebagai sampel kajian bagi melihat sejauhmana keberkesanan sistem oles ini dalam menyediakan maklumat

1. wawancara dua puluh kakitangan akademik senior dan pengurus terlibat dalam jaminan high
antara Mac dan Julai 2005

Sampel

500 pelajar menengah

kajian ini terdiri daripada tiga kelas kajian kes, iaitu :

- Satu kelas pelajar adalah mahasiswa paruh waktu di Master of Science di bidang Teknologi Maklumat (MSc [ITE]) modul Belajar Mengajar dengan TI (n = 33) di sebuah universiti di Hong Kong.

- Dua yang lain kelas berasal dari sebuah universiti di Australia Barat yang terdiri daripada pendidik latihan penuh-masa di Sarjana Pendidikan modul Komputer dalam Pendidikan (n = 16) dan Teknologi dalam Pendidikan (n = 15).

dua puluh kakitangan akademik senior dan pengurus

Prosedur

1. Mengemukakan soalan

2. Mengumpul data

Mengunakan servey dalam talian iaitu oles pada akhir kelas terakhir dalam setiap modul untuk mengumpul data kuantitatif

Email, wawancara, jurnal reflektif dalam talian dan forum diskusi online dengan pelajar dengan ketiga-tiga kelas untuk mendapatkan data kualitatif yang memberikan pemahaman yang lebih empati keberkesanan persekitaran belajar.

Mengumpul ulasan dan dapatan daripada pelajar di peringkat yang berbeza. Antaranya :

· Ahli Lembaga – modul tahap kepuasan dengan jumlah pengalaman di universiti

· Sekolah - modul tahap kepuasan fakulti

· Kursus / program -tahap kepuasan dengan belajar dan mengajar

· Guru dinilai oleh pelajar

· Modul-level operasi dari sebuah modul tertentu atau unit

Dapatan Kajian

Adalah penting bagi pendidik untuk memiliki pengetahuan mengenai teori-teori belajar dalam merancang dan melaksanakan e-learning.

Di samping itu, para pendidik juga memerlukan maklum balas untuk memberitahu mereka tentang usaha apa ayang digemari dan disukai oleh para pelajar.

Data yang diperolehi digunakan untuk melakukan perubahan reka bentuk pembelajaran yang sesuai dengan persekitara belajar pelajar.

Sebagai mana kualiti modul bertambah baik pihak pengurusan perlu melakukan perubahan tanggungjawab dan pemilikan modul penilaian kepada modul kepimpinan

Sebagai mana kualiti modul bertambah baik pihak pengurusan perlu melakukan perubahan tanggungjawab dan pemilikan modul penilaian kepada modul kepimpinan

Semua responden bersetuju bahawa lebih banyak modul kepimpinan yang dibuat akan memberikan lebih penglibatan dan tanggungjawab





Implikasi Dan Cadangan

Kajian 3 jurnal kualitatif ini amat bermakna bagi penulis. Melaluinya penulis berpeluang untuk mengembangkan lagi pengetahun sedia ada penulis ke tahap yang lebih tinggi. Pada awalnya pengetahuan penulis agak sedikit, namun melalui pengalaman penyelidikan 3 jurnal ini telah membantu penulis memahami denngan lebih mendalam tentang kajian kualitatif dan seterusnya diaplikasikan dalam kursus yang akan penulis jalankan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga jurnal yang dikaji, penulis mendapati bagi memastikan keberkesanan kursus dalam talian yang akan dijalankan memerlukan penulis untuk memastikan langkah-langkah awal diambil. Antaranya ialah memastikan keperluan kursus komputer dalam talian disediakan.

Tugasan 5 (Pasukan)

Friday, August 6, 2010

Pembinaan Instrumen penilaian modul/program secara dalalam talian keseluruhan satu kursus komputer dalam talian

Kajian 3 jurnal kajian gabungan kuantitatif dan kualitatif


3 jurnal kajian pembangunan/pembinaan

Tugasan 2 - Ulasan Buku

Ulasan Buku - GGGE6943 Penyelidikan Komputer

Tajuk buku : Action Research
Pengarang : Patrick J.M Costello
Tahun terbitan : 2003
Terbitan : Contiuum, London
Pengulas : Rahim bin Omar (P54597)

Buku ini memperkatakan tentang Kajian Tindakan adalah untuk membolehkan pengkaji ataupun pengamal untuk melakukan dan untuk menawarkan pengkajian dari suatu projek kajian tindakan. Penumpuan buku ini adalah kepada apa yang diperkatakan dengan kajian tindakan, mengapa kajian tindakan dipilih, bagaimana untuk membina dan mengumpul data kajian tindakan, menganalisis data dan seterusnya bagaimana untuk menghasilan laporan.


Pengulas dapati kajian tindakan ini amat perlu untuk difahami tentang tujuan, mengapa dan bagaimana untuk membuat kajian tentang sesuatu topik atau isu. Melalui pembacaan ini pengulas dapat memahami perlunya membuat kajian tentang bagaimana untuk melaksanakan kursus komputer dalam talian. Dari situ, pengulas dapat menyediakan satu garis panduan, senaraik semak, rubrik dan lainlain perkara yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan dan kelancaran kursus yang akan dijalankan.


Bab 1 : What is Action Research?

Frost, 2002 menyatakan kajian tindakan merupakan satu proses refleksi kajian, sistematik dan tindakan yang yang dilakukan oleh individu mengenai amalan profesional mereka. Bassey, 1998 pula mengatakan kajian tindakan sebagai persoalan yang dilakukan untuk memahami, untuk menilai yang kemudian untuk ditukar, dalam melakukan sedikit perubahan amalan pendidikan. Bell, 1999 menyatakan kajian tindakan sebagai pendekatan yang menarik perhatian para pengkaji kerana amalanny, tekanan penyelesaian ……


Jika dilhat daripada ketiga-tiga definisi yang tersebut di atas, kajian tindakan ini bolehlah didefinisikan sebagai suatu proses kajian untuk mengkaji amalan yang biasa dilakukan oleh individu atau organisasi dalam usaha untuk memahami permasalahan yang dihadapi yang kemudiannya dikumpul data yang berkaitan untuk dicari cara penyelesaian terhadap masalah tersebut.


Penulis buku ini juga memperturunkan contoh-contoh model yang boleh diguna pakai dalam kajian tindakan ini. Sala satu daripada model yang dinyatakan oleh penulis adalah seperti berikut :

  • Model Asas kajian tindakan
  • Model Kajian Tindakan Tambahan
  • Model Kajian Tindakan Denscomb’s


Rajah 1 : Model Asas Kajian Tindakan

Model asal kajian tindakan ini dikutip daripada Kurt Lewin (1946) dan telah digunakan oleh beberapa pengkaji kotemporari sebagai contoh Ritchie, 2002. Dari sudut pandangan para guru dan pendidikan, model ini melibatkan membuat keputusan dari aspek yang dikaji, perancangan untuk melaksana aktiviti atau lain-lain intevensi, pelaksanaan aktiviti, pemerhatian terhadap hasil yang dikehendaki, membuat refleksi terhadap apa yang berlaku dan merancang aktiviti akan datang yang diperlukan.


Rajah 2 : Kajian Tindakan Tambahan


Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Denscomb’s



Bab 2 : Why Undertake Action Research?

Persoalan yang sering dikemukakan ialah mengapa kajian tindakan dipilih untuk sesuatu kajian. Menurut Donald Schon (1991), pendidik atau guru sebagai individu praktis perlu terlibat dalam kajian amalam mereka sendiri. Untuk itu mahu tidak mahu sebagai pendidik, mereka perlu untuk membuat kajian tindakan. Sebagai contoh mungkin terhadap tahap disipilin dalam kalangan murid, tahap prestasi murid ataupun mengapa prestasi kokurikulum terlalu tinggi.

Menurut penulis antara lain mengapa kajian tindakan perlu dilakukan ialah :

  • Prihatin dengan amalan kebiasaan mereka
  • Membolehkan pengkaji meneroka antara teori pendidikan dengan praktis
  • Pengawasan kritikal terhadap pendidikan telah menyebabkan peningkatan empesis dalam mengambil alih kajian mereka
  • Untuk bergerak ke hadapan dalam pembangunan pengajaran berasaskan penyelidikan


Bab 3 : How do I Develop an Action Research Data?

Dalam bab ini penulis menghuraikan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk membina data dalam kajian tindakan. Pada awalnya dalam membuat kajian tindakan antara yang diperlukan disediakan terlebih dahulu ialah :

  • Nama anda
  • Tajuk tentatif
  • Objektif kajian
  • Persoalan kajian
  • Kandungan
  • Jangka masa yang diambil
  • Metodology kajian
  • Bibliografi


Bab 4 : How do I Collect Action Research Data?

Bab ini menghuraikan bagaimana pengumpulan data dijalankan dalam kajian tindakan. Pengumpulan data boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk aatau format. Antaranya pemerhatian, soal-selidik, wawancara dan sebagainya


Bab 5 : How do I Analyse Action Research Data?

Dalam bab ini pula penulis menunjukcara untuk melakukan analisis data yang dikumpul. Tambah penulis semakin baik sesuatu instrumen itu dihasilkan akan membuahkan analisis data yang baik. Untuk itu, sebagai pengkaji, instrumen yang baik perlu dihasilkan dengan mengambil kira tajuk, pengalaman sedia ada dan juga isu-isu semasa.

Bab 6 : How Do I Produce an Action Research Report?

Dalam bab ini penulis menyenaraikan format penulisan laporan kajian tindakan. Berikut adalah format laporan kajian tindakan :

  • Tajuk
  • Pengenalan
  • Bab 1 - Isi yang dibincangkan
  • Bab 2 - Kajian kepustakaan
  • Bab 3 - kajian projek
  • Bab 4 - dapatan kajian
  • Bab 5 - Rumusan dan cadangan



Kajian 3 Jurnal Kajian Tindakan