Happy Days

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur
adipiscing elit. Phasellus sodales nulla sem.

Delete this widget in your dashboard.
This is just an example.

Tugasan 2 - Ulasan Buku

Friday, August 6, 2010

Ulasan Buku - GGGE6943 Penyelidikan Komputer

Tajuk buku : Action Research
Pengarang : Patrick J.M Costello
Tahun terbitan : 2003
Terbitan : Contiuum, London
Pengulas : Rahim bin Omar (P54597)

Buku ini memperkatakan tentang Kajian Tindakan adalah untuk membolehkan pengkaji ataupun pengamal untuk melakukan dan untuk menawarkan pengkajian dari suatu projek kajian tindakan. Penumpuan buku ini adalah kepada apa yang diperkatakan dengan kajian tindakan, mengapa kajian tindakan dipilih, bagaimana untuk membina dan mengumpul data kajian tindakan, menganalisis data dan seterusnya bagaimana untuk menghasilan laporan.


Pengulas dapati kajian tindakan ini amat perlu untuk difahami tentang tujuan, mengapa dan bagaimana untuk membuat kajian tentang sesuatu topik atau isu. Melalui pembacaan ini pengulas dapat memahami perlunya membuat kajian tentang bagaimana untuk melaksanakan kursus komputer dalam talian. Dari situ, pengulas dapat menyediakan satu garis panduan, senaraik semak, rubrik dan lainlain perkara yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan dan kelancaran kursus yang akan dijalankan.


Bab 1 : What is Action Research?

Frost, 2002 menyatakan kajian tindakan merupakan satu proses refleksi kajian, sistematik dan tindakan yang yang dilakukan oleh individu mengenai amalan profesional mereka. Bassey, 1998 pula mengatakan kajian tindakan sebagai persoalan yang dilakukan untuk memahami, untuk menilai yang kemudian untuk ditukar, dalam melakukan sedikit perubahan amalan pendidikan. Bell, 1999 menyatakan kajian tindakan sebagai pendekatan yang menarik perhatian para pengkaji kerana amalanny, tekanan penyelesaian ……


Jika dilhat daripada ketiga-tiga definisi yang tersebut di atas, kajian tindakan ini bolehlah didefinisikan sebagai suatu proses kajian untuk mengkaji amalan yang biasa dilakukan oleh individu atau organisasi dalam usaha untuk memahami permasalahan yang dihadapi yang kemudiannya dikumpul data yang berkaitan untuk dicari cara penyelesaian terhadap masalah tersebut.


Penulis buku ini juga memperturunkan contoh-contoh model yang boleh diguna pakai dalam kajian tindakan ini. Sala satu daripada model yang dinyatakan oleh penulis adalah seperti berikut :

  • Model Asas kajian tindakan
  • Model Kajian Tindakan Tambahan
  • Model Kajian Tindakan Denscomb’s


Rajah 1 : Model Asas Kajian Tindakan

Model asal kajian tindakan ini dikutip daripada Kurt Lewin (1946) dan telah digunakan oleh beberapa pengkaji kotemporari sebagai contoh Ritchie, 2002. Dari sudut pandangan para guru dan pendidikan, model ini melibatkan membuat keputusan dari aspek yang dikaji, perancangan untuk melaksana aktiviti atau lain-lain intevensi, pelaksanaan aktiviti, pemerhatian terhadap hasil yang dikehendaki, membuat refleksi terhadap apa yang berlaku dan merancang aktiviti akan datang yang diperlukan.


Rajah 2 : Kajian Tindakan Tambahan


Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Denscomb’s



Bab 2 : Why Undertake Action Research?

Persoalan yang sering dikemukakan ialah mengapa kajian tindakan dipilih untuk sesuatu kajian. Menurut Donald Schon (1991), pendidik atau guru sebagai individu praktis perlu terlibat dalam kajian amalam mereka sendiri. Untuk itu mahu tidak mahu sebagai pendidik, mereka perlu untuk membuat kajian tindakan. Sebagai contoh mungkin terhadap tahap disipilin dalam kalangan murid, tahap prestasi murid ataupun mengapa prestasi kokurikulum terlalu tinggi.

Menurut penulis antara lain mengapa kajian tindakan perlu dilakukan ialah :

  • Prihatin dengan amalan kebiasaan mereka
  • Membolehkan pengkaji meneroka antara teori pendidikan dengan praktis
  • Pengawasan kritikal terhadap pendidikan telah menyebabkan peningkatan empesis dalam mengambil alih kajian mereka
  • Untuk bergerak ke hadapan dalam pembangunan pengajaran berasaskan penyelidikan


Bab 3 : How do I Develop an Action Research Data?

Dalam bab ini penulis menghuraikan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk membina data dalam kajian tindakan. Pada awalnya dalam membuat kajian tindakan antara yang diperlukan disediakan terlebih dahulu ialah :

  • Nama anda
  • Tajuk tentatif
  • Objektif kajian
  • Persoalan kajian
  • Kandungan
  • Jangka masa yang diambil
  • Metodology kajian
  • Bibliografi


Bab 4 : How do I Collect Action Research Data?

Bab ini menghuraikan bagaimana pengumpulan data dijalankan dalam kajian tindakan. Pengumpulan data boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk aatau format. Antaranya pemerhatian, soal-selidik, wawancara dan sebagainya


Bab 5 : How do I Analyse Action Research Data?

Dalam bab ini pula penulis menunjukcara untuk melakukan analisis data yang dikumpul. Tambah penulis semakin baik sesuatu instrumen itu dihasilkan akan membuahkan analisis data yang baik. Untuk itu, sebagai pengkaji, instrumen yang baik perlu dihasilkan dengan mengambil kira tajuk, pengalaman sedia ada dan juga isu-isu semasa.

Bab 6 : How Do I Produce an Action Research Report?

Dalam bab ini penulis menyenaraikan format penulisan laporan kajian tindakan. Berikut adalah format laporan kajian tindakan :

  • Tajuk
  • Pengenalan
  • Bab 1 - Isi yang dibincangkan
  • Bab 2 - Kajian kepustakaan
  • Bab 3 - kajian projek
  • Bab 4 - dapatan kajian
  • Bab 5 - Rumusan dan cadangan



No comments:

Post a Comment